PENGENALAN PUSAT KHIDMAT NASIHAT GUAMAN SYARIE PGSM



Pusat Khidmat Nasihat Guaman Syarie atau ringkasnya “Khidmat’S PGSM” telah disempurnakan pelancarannya pada 27 November 2020 oleh YAA Dato' Dr. Haji Mohd Na'im Bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) secara live FB. Lihat Live Pelancaran Khidmat'S PGSM di Live FB Pelancaran Khidmat'S PGSM

Lihat News berkenaan Pelancaran Khidmat'S PGSM di:
Berita Harian
Harian Metro

Khidmat's PGSM adalah suatu langkah alternatif Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) untuk masyarakat mendapatkan khidmat nasihat guaman syarie daripada Peguam Syarie bertauliah, yang merupakan ahli-ahli Persatuan. Ia juga sebagai bantuan dan sokongan dari segi ekonomi dan sosial khususnya kepada ahli-ahli Persatuan yang terkesan dalam menghadapi situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan negara, serta Perintah Kawalan Pergerak/Bersyarat (PKP/PKPB) yang diperkenalkan.

Khidmat”S PGSM ialah usaha Persatuan untuk mengumpulkan firma-firma Peguam Syarie yang bersedia dan bersetuju memberikan khidmat nasihat guaman syarie secara percuma di firma-firma mereka kepada masyarakat yang mempunyai persoalan atau kes-kes di Mahkamah Syariah. Sekiranya pelanggan berhasrat melantik Peguam Syarie yang berkenaan mewakili mereka di Mahkamah, maka kadar fi adalah kadar yang munasabah yang dipersetujui secara bertulis antara pelanggan dan Peguam Syarie berkenaan.

Firma-firma yang dipilih untuk dijadikan sebagai pusat Khidmat’S PGSM tersebut adalah terdiri daripada firma-firma Ahli Persatuan yang telah mengisi Borang Permohonan dan Terma Akujanji mereka, di mana segala khidmat nasihat dan tindakan mereka sebagai Panel Peguam Syarie Khidmat’S PGSM akan dipantau daripada semasa ke semasa oleh Persatuan. Ini juga bermaksud bahawa pusat Khidmat’S PGSM tersebut akan berada di serata negara.

Firma-firma yang dipilih adalah firma-firma yang telah dipastikan mematuhi SOP oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mempunyai ruang konsultasi yang sesuai, mengamalkan penjarakan sosial, penyukat suhu, hand sanitizer dan merekodkan butiran nama setiap pelanggan yang hadir. 

Masyarakat Islam boleh menghubungi sendiri Pusat Khidmat'S PGSM yang bersesuaian untuk menetapkan temujanji mereka. 

Senarai firma-firma yang dijadikan sebagai Pusat Khidmat'S PGSM boleh diakses dengan klik di Pages mengikut Negeri yang berikut:

Pusat Khidmat'S PGSM di Negeri Johor

Pusat Khidmat'S PGSM di Negeri Kedah

Pusat Khidmat'S PGSM di Negeri Kelantan

Pusat Khidmat'S PGSM di Negeri Melaka

Pusat Khidmat'S PGSM di Negeri Sembilan

Pusat Khidmat'S PGSM di Negeri Perak

Pusat Khidmat'S PGSM di Negeri Pulau Pinang

Pusat Khidmat'S PGSM di Negeri Selangor

Pusat Khidmat'S PGSM di Wilayah Persekutuan

Khidmat'S PGSM telah mengukir sejarah baru dalam memperkembangkan dan memperkasakan perundangan syariah di negara ini, mengikut acuan norma baharu, dalam mendepani pandemik COVID-19.

- Pusat Khidmat'S PGSM -

 

Comments

Popular Posts